IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN VETERINAR @ DOKTOR HAIWAN (DVM)

 

LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON

 

daftar sekarangPERTANYAAN

Institut Pertanian Bogor (IPTA INDONESIA)

Ijazah Sarjana Muda Doktor Haiwan (DVM)

Fakulti Perubatan Veterinar di Institut Pertanian Bogor (IPB) merupakan salah satu daripada 8 fakulti di IPB dan juga merupakan institusi tertua yang menjalankan pendidikan perubatan veterinar di Indonesia. Sepanjang sejarahnya, Fakulti Perubatan Veterinar di IPB telah membuktikan fakulti berkenaan sebagai pemangkin beberapa dasar startegik dalam bidang kesihatan haiwan dan sains haiwan di Indonesia.

Antara tarikan pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di IPB selain jaraknya yang dekat dengan Malaysia, di IPB menggunakan kuda untuk pembelajaran dan pembedahan anatomi. IPB juga mempunyai sebuah hospital haiwan khusus untuk tujuan pengajaran yang cemerlang di Asia Tenggara. IPB juga merupakan universiti bertaraf dunia. IPB berkolaborasi antarabangsa dalam pendidikan dan penyelidikan dan juga merupakan university ke 147 terbaik Asia (QS Asia University Ranking).

Pelajar yang berminat untuk menyambung program Ijazah Sarjana Muda Doktor Haiwan (DVM)  di sini akan mendaftar untuk menduduki ujian kemasukan yang akan diadakan di Malaysia pada bulan April atau Mei setiap tahun

Pendaftaran 

Pendaftaran untuk memasuki ujian kemasukan bagi pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi, A-Level, STPM dan Diploma dalam bidang Sains Kesihatan adalah bermula pada bulan Januari hingga Mac setiap tahun.

Syarat Kelayakan 

Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ A-Level/ Diploma @ setaraf – PNGK 3.0 dan ketas

Ujian Kemasukan

Bulan April atau Mei setiap tahun.

Tempoh Pengajian 

4 tahun

Yuran Pengajian 

IDR 30,000,00 (≅RM 8,900) / semester

Kos Sara Hidup 

Anggaran RM500 – RM 800 sebulan termasuk penginapan

Bahasa Pengantar

Bahasa Inggeris 

Penerbangan Pelajar

Penerbangan dan pendaftaran masuk dengan universiti bagi pelajar yang lulus ujian kemasukkan adalah pada bulan Julai setiap tahun.

Program Persediaan

Diadakan di Malaysia pada bulan April atau Mei setiap tahun. Fokus program ini adalah persediaan mental dan fizikal disamping suai kenal pelajar yang akan belajar ke Luar Negara nanti. 

Pengiktirafan

Program diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Veterinary Council (MVC).

Bangladesh Agricultural University (IPTA BANGLADESH)

Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar (DVM)

 

Bangladesh Agricultural University mendapat pengiktirafan daripada World Veterinary Association (WVA) sekaligus melayakkan graduan dari Bangladesh Agricultural University boleh bekerja seluruh dunia.

Fakulti Sains Veterinar di Bangladesh Agricultural University telah mengeluarkan hampir 4,618 graduan sejak Disember 2012. Antaranya 3,102 graduan Doktor Veterinar, 1,492 graduan Master, 24 graduan Doktor Falsafah termasuk dari Malaysia (Beberapa orang pensyarah UPM).

Antara alumni Bangladesh Agricultural University ialah Dato’ Abdul Latif Ibrahim (Emeritus Professors UPM), Dato’ Tengku Azmi Tengku Ibrahim dan Dato’ Abdul Rani Bahaman (Research Fellows UPM) serta lain lain lagi.

Total yuran untuk 5 tahun pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar @ Doktor Haiwan (DVM) hanya ±RM 56,000 sahaja sekaligus menjadikan yuran pengajian program tersebut antara yang termurah di dunia sehingga artikel ini ditulis

Kemasukan pelajar Malaysia untuk program veterinar @ doktor haiwan (DVM) di Bangladesh Agricultural University adalah melalui kuota yang telah ditetapkan. Hanya 30 kekosongan sahaja yang diberikan untuk pelajar Malaysia bagi program veterinar @ doktor haiwan (DVM).

Pelajar lepasan SPM layak untuk memohon dan wajib mengikuti program persediaan di Malaysia terlebih dahulu bermula bulan April setiap tahun sebelum menyambung program veterinar @ doktor haiwan (DVM) di Bangladesh Agricultural University,

Pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi, A-Level dan Diploma dalam bidang Sains Kesihatan juga boleh memohon untuk terus sambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar @ Doktor Haiwan (DVM).

Pemohonan ditutup pada bulan Ogos setiap tahun atau bila kuota penuh. Hanya 30 kekosongan sahaja yang diperuntukan untuk pelajar Malaysia. Jika kuota penuh awal, maka permohonan akan ditutup lebih awal. Siapa cepat dia dapat.

 

Pendaftaran 

Bermula pada bulan Januari sehingga Ogos bagi pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi, A-Level, STPM dan Diploma dalam bidang Sains Kesihatan setiap tahun.

Bagi pelajar lepasan SPM pendaftaran bermula pada bulan Mac selepas keputusan SPM keluar sehingga April sahaja.

Syarat Kelayakan 

Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ A-Level/ Diploma @ setaraf – PNGK 3.0 dan ketas

Tempoh Pengajian 

5 tahun

Yuran Pengajian 

≅RM 57,000) / 5 tahun pengajian

Kos Sara Hidup 

Anggaran RM300 – RM 500 sebulan termasuk penginapan. (Berdasarkan temubual dengan pelajar senior yang belajar di sana)

Bahasa Pengantar

Bahasa Inggeris dan Bahasa Benggali

Penerbangan Pelajar

Bulan Januari setiap tahun.

Program Persediaan

Diadakan di Malaysia pada bulan November atau Disember setiap tahun. Fokus program persediaan pelajar akan didedahkan dengan pre medic class dan kelas Bahasa Benggali untuk komunikasi dengan masyarakat Bangladesh.

Pengiktirafan

Program diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Veterinary Council (MVC).

7 SEBAB UIN SUSKA RIAU INDONESIA MENJADI PILIHAN PELAJAR MALAYSIA

UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SULTAN SYARIF KASIM RIAU (UIN SUSKA) UIN SUSKA dahulunya dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri (IAIN) juga merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Indonesia. Kemasukan pelajar tempatan iaitu pelajar Indonesia melalui sistem sebagaimana UPU di Malaysia....

IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN (ILMU AKIDAH) DI UIN SUSKA RIAU

UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SULTAN SYARIF KASIM RIAU (UIN SUSKA) - PROGRAM ILMU AKIDAH UIN SUSKA dahulunya dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri (IAIN) juga merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Indonesia. Kemasukan pelajar tempatan iaitu pelajar Indonesia melalui sistem...

CGPA 3.0 PELUANG SAMBUNG PERUBATAN DAN PERGIGIAN MASIH ADA ?

LEPASAN MATRIKULASI DAN ASASI Pelajar lepasan matrikulasi dan asasi yang bercita-cita untuk menjadi seorang DOKTOR PERUBATAN dan DOKTOR GIGI pasti akan cuba skor sebaik mungkin CGPA di peringkat matrikulasi atau asasi. Antara syarat minima untuk sambung Ijazah Sarjana Muda Perubatan, pelajar...

DHAKA DENTAL COLLEGE – BACHELOR OF DENTAL SURGERY (BDS)

DHAKA DENTAL COLLEGE (DDC) Dhaka Dental College (DDC) yang ditubuhkan pada tahun 1961 adalah satu satunya institut pengajian tinggi awam yang menawarkan program pergigian dan juga merupakan Institut Pendidikan Pergigian yang terbesar di Bangladesh. SUBJEK UTAMA PROGRAM PERGIGIAN di DDC Antara...

BANGLADESH AGRICULTURAL UNIVERSITY – PROGRAM VETERINAR DI BANGLADESH

BANGLADESH AGRICULTURAL UNIVERSITY (BAU) BAU antara 10 universiti terbaik di Bangladesh. Fakulti Sains Veterinar adalah salah satu fakulti yang terdapat di Bangladesh Agricultural University (BAU). Fakulti ini dilengkapi dengan kemudahan dan fasiliti mengikut piawaian antarabangsa untuk sistem...

BELAJAR PERUBATAN TANPA BIASISWA DAN PTPTN

Bila sebut tentang PTPTN sudah tentu berkait rapat dengan pengajian di peringkat yang lebih tinggi tidak kira di IPTA atau IPTS. Bagi pelajar yang cemerlang sudah pasti biasiswa menjadi idaman untuk menyambung pengajian dalam bidang diminati bagi merealisasikan cita-cita selama ini. Tapi buat masa...

9 SEBAB PELAJAR MALAYSIA MEMILIH SAMBUNG PERUBATAN (MBBS) & PERGIGIAN (BDS) DI BANGLADESH

Dewasa ini, Universiti Awam di Bangladesh mula menjadi tarikan dan pilihan pelajar Antarabangsa terutamanya pelajar Malaysia untuk sambung pengajian PERUBATAN dan PERGIGIAN kerana mempunyai kualiti yang hampir sama dengan India untuk sistem pengajiannya. Antara sebab program perubatan di...

SAMBUNG IJAZAH SARJANA MUDA PERGIGIAN MENGGUNAKAN KEPUTUSAN SPM

Peperiksaan SPM baru sahaja selesai pada awal Disember lalu. Maka sudah pastinya ramai pelajar lepasan SPM sudah mula mendapatkan info untuk menyambung pengajian selepas keputusan SPM keluar nanti. Mungkin ada yang bercadang untuk sambung STPM, Diploma, Matrikulasi dan juga Asasi. Tapi, tahukah...

PELUANG SAMBUNG PROGRAM PERUBATAN, PERGIGIAN dan VETERINAR @ DOKTOR HAIWAN UNTUK LEPASAN MATRIKULASI DAN ASASI

Tahniah adik-adik pelajar yang telah berjaya menamatkan program Asasi dan Matrikulasi. InsyaAllah selepas ini akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula. Asasi dan Matrikulasi adalah ‘fast track’ untuk sambung Ijazah Sarjana Muda @ Degree. Maka masing-masing sudah pasti...

CARA SAMBUNG IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN & PERGIGIAN MENGGUNAKAN KEPUTUSAN SPM SAHAJA.

Keputusan SPM akan tiba tidak lama lagi maka semakin hampirlah para pelajar dengan cita-cita masing-masing. Ada yang bercita-cita untuk menjadi ‘pilot’, DOKTOR PERUBATAN, DOKTOR GIGI, DOKTOR HAIWAN, ‘engineer’, dan macam-macam lagi. Keputusan SPM yang diperolehi bukanlah penentu tercapainya...

Sebarang Persoalan & Info Terkini Dari Kami

Hubungi Kami

013-3098058

013-3561182

 

Emel

belajarluarnegara@gmail.com

medicdentistry@gmail.com

 

Aktiviti Kami