IJAZAH SARJANA MUDA PERGIGIAN & PEMBEDAHAN (BDS)
LEPASAN SPM LAYAK MEMOHON DAFTAR SekarangPERTANYAANAlexandria University
(IPTA MESIR)
Bachelor Of Dental Surgery (BDS)
Alexandria University atau Universiti Iskandariah juga dulu dikenali sebagai Farouk University merupakan antara universiti awam yang terbaik di Mesir. Terdapat beberapa fakulti di Alexandria University seperti Fakulti Farmasi, Fakulti Kejururawatan, Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Pendidikan, Fakulti Pergigian dan lain-lain lagi.
Fakulti Pergigian di Alexandria University telah menjadi pilihan pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pergigian Pembedahan (BDS) sejak zaman 80an lagi kerana hanya menggunakan keputusan SPM, mereka layak untuk memohon dan akan terus masuk ke tahun 1 Program Ijazah Sarjana Muda Pergigian Pembedahan (BDS) di Alexandria University.
Tempoh pengajian hanya 5 tahun untuk pelajar lepasan SPM mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pergigian Pembedahan (BDS). Bermula tahun 2023, hanya pelajar yang mempunyai STPM matrikulasi, asasi, diploma dan setaraf sahaja yang diterima masuk.
Pendaftaran
Bermula pada bulan Januari sehingga Julai setiap tahun.
Pendaftaran terbuka kepada pelajar lepasan STPM, Matrikulasi/ Asasi, A-Level, dan Diploma dalam bidang Sains Kesihatan.
Syarat Kelayakan
SPM Aliran Sains – Minima B semua subjek sains (Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan) dan,
Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ A-Level/ Diploma @ setaraf – PNGK 3.0 dan ke atas
Tempoh Pengajian
5 tahun
Yuran Pengajian
USD 4,000 (≅RM19,120) / semester
Kos Sara Hidup
Anggaran RM 1,000 – RM 1,300 sebulan termasuk penginapan.
Bahasa Pengantar
Bahasa Inggeris
Penerbangan Pelajar
Bulan September setiap tahun.
Program Persediaan
Diadakan di Malaysia pada bulan Julai atau Ogos setiap tahun. Fokus program persediaan adalah pelajar akan didedahkan dengan pre medic class dan kelas Bahasa Arab Ammiah (Dialek Mesir) untuk komunikasi dengan masyarakat Arab Mesir
Pengiktirafan
Program diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Dental Council (MDC).
dacca dental college (Ipta Bangladesh)
Bachelor of Dental Surgery (BDS)
Pelajar pergigian (BDS) di Dhaka Dental College mereka akan dibekalkan 1 Set Gigi Asli Manusia sebenar disamping menggunakan mayat yang diawet dalam proses pembelajaran, menjadikan pelajar pergigian di Bangladesh belajar menggunakan the real human body.
Pembelajaran yang menggunakan the real human body sedikit sebanyak menambahkan kemahiran sebagai pelajar pergigian (BDS) sekali gus dapat menyesuaikan diri bila berhadapan dengan pesakit dan keadaan yang sebenar nanti.
Antara alumni Dhaka Dental College yang pernah kami temui adalah Prof. Dato’ Dr. Zainal Ariff Bin Abdul Rahman yang merupakan Head Of Department, Department Of Oral & Maxillofacial Surgery, Faculty Of Dentistry, Universiti Malaya.
Yuran pengajian hanya USD 5,000 setiap tahun bersamaan ±RM 22,000 sekali gus menjadikan yuran program pergigian di Dhaka Dental College antara yang terendah di dunia (sehingga artikel ini ditulis) tetapi memiliki kualiti yang terbaik.
Kemasukan pelajar Malaysia untuk program pergigian (BDS) di Dacca Dental College adalah melalui kuota yang telah ditetapkan. Hanya 20 kekosongan sahaja yang diberikan untuk pelajar Malaysia bagi program pergigian (BDS).
Pelajar lepasan SPM layak untuk memohon dan wajib mengikuti program persediaan di Malaysia terlebih dahulu bermula bulan Jun setiap tahun sebelum menyambung program pergigian (BDS) di Dacca Dental College.
Pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi, A-Level dan Diploma dalam bidang Sains Kesihatan juga boleh memohon untuk terus sambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pergigian (BDS).
Pemohonan ditutup pada bulan Ogos setiap tahun atau bila kuota penuh. Hanya 20 kekosongan sahaja yang diperuntukan untuk pelajar Malaysia. Jika kuota penuh awal, maka permohonan akan ditutup lebih awal. Siapa cepat dia dapat.
Pendaftaran
Bermula pada bulan Januari sehingga Ogos bagi pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi, A-Level, STPM dan Diploma dalam bidang Sains Kesihatan setiap tahun.
Bagi pelajar lepasan SPM, pendaftaran bermula pada bulan Mac selepas keputusan SPM keluar sehingga Mei sahaja untuk melayakan pelajar masuk program persediaan pada bulan Jun nanti.
Syarat Kelayakan
SPM Aliran Sains – Minima B semua subjek sains (Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan) dan,
Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ A-Level/ Diploma @ setaraf – PNGK 3.0 dan ke atas
Tempoh Pengajian
5 tahun
Yuran Pengajian
USD 5,000 (≅RM 23,850) / setahun
Kos Sara Hidup
Anggaran RM500 – RM 800 sebulan termasuk penginapan. (Berdasarkan temubual dengan pelajar senior yang belajar di sana)
Bahasa Pengantar
Bahasa Inggeris dan Bahasa Benggali
Penerbangan Pelajar
Bulan Februari setiap tahun.
Program Persediaan
Diadakan di Malaysia pada bulan November atau Disember setiap tahun. Fokus program persediaan pelajar akan didedahkan dengan pre medic class dan kelas Bahasa Benggali untuk komunikasi dengan masyarakat Bangladesh.
Pengiktirafan
Program diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Dental Council (MDC)
universitas sumatera utara
(IPTA indonesia)
Ijazah Dokter Gigi (BDS)
Universitas Sumatera Utara (USU) Medan menjadi pilihan pelajar Malaysia kerana lokasi yang sangat dekat dengan Malaysia. Program Ijazah Sarjana Muda Pergigian (BDS) diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Dental Council (MDC).
Pelajar yang berminat untuk menyambung program pergigian (BDS) di sini akan mendaftar untuk menduduki ujian kemasukan yang akan diadakan di Malaysia pada bulan Jun atau Julai setiap tahun.
Pendaftaran
Pendaftaran untuk memasuki ujian kemasukan bagi pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi, A-Level, STPM dan Diploma dalam bidang Sains Kesihatan adalah bermula pada bulan Januari hingga Mei setiap tahun.
Syarat Kelayakan
SPM Aliran Sains – Minima B semua subjek sains (Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan) dan,
Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ A-Level/ Diploma @ setaraf – PNGK 3.0 dan ke atas.
Ujian Kemasukan
Bulan Jun atau Julai setiap tahun.
Tempoh Pengajian
5 tahun
Yuran Pengajian
IDR 40,000,00 (≅RM 11,844) / semester
Kos Sara Hidup
Anggaran RM700 – RM 1,000 sebulan termasuk penginapan.
Bahasa Pengantar
Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia
Penerbangan Pelajar
Penerbangan dan pendaftaran masuk dengan universiti bagi pelajar yang lulus ujian kemasukkan adalah pada bulan Ogos setiap tahun.
Program Persediaan
Diadakan di Malaysia pada bulan April atau Mei setiap tahun. Fokus program ini persediaan mental dan fizikal disamping suai kenal pelajar yang akan belajar ke Luar Negara nanti.
Pengiktirafan
Program diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Dental Council (MDC).
Sebarang Persoalan & Info Terkini Dari Kami
Hubungi Kami
013-3098058
013-3561182
Emel
belajarluarnegara@gmail.com
medicdentistry@gmail.com
Aktiviti Kami