BANGLADESH AGRICULTURAL UNIVERSITY (BAU)

BAU antara 10 universiti terbaik di Bangladesh. Fakulti Sains Veterinar adalah salah satu fakulti yang terdapat di Bangladesh Agricultural University (BAU). Fakulti ini dilengkapi dengan kemudahan dan fasiliti mengikut piawaian antarabangsa untuk sistem pengajaran di peringkat tinggi dan juga penyelidikan.

BAU mempunyai dua institut penyelidikan kebangsaan iaitu Bangladesh Institute of Nuclear Agriculture (BINA) dan Bangladesh Fisheries Research Institute (BFRI). Manakala, sistem penyelidikan BAU (BAURES) telah menyelesaikan 322 projek penyelidikan dan mempunyai 112 projek yang sedang berjalan.

BAU terdiri daripada 8 jabatan termasuk Klinikal Veterinar bagi tujuan pengajaran yang dijalankan sepenuhnya oleh jabatan klinikal untuk memberi latihan praktikal dalam diagnosis ayam itik, penyakit haiwan liar, pembedahan, pengurusan klinikal dan rawatan, penjagaan kesihatan, kebajikan haiwan dan sebagainya untuk keperluan mahasiswa/i veterinar.

 

ANTARA JABATAN DI FAKULTI SAINS VETERINAR BAU

  • Jabatan Anatomi & Histologi
  • Jabatan Mikrobiologi & ‘Hygiene’
  • Jabatan Fisiologi
  • Jabatan Farmakologi
  • Jabatan Parasitologi
  • Jabatan Patologi
  • Jabatan Perubatan
  • Jabatan Pembedahan & Obstetrik

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar @ Doctor of Veterinary Medicine (DVM) adalah 5 tahun. Teori dan Praktikal

YURAN PENGAJIAN

Hanya  ±RM56,000 untuk LIMA TAHUN pengajian sekali gus menjadikan yuran program Doktor Haiwan di Bangladesh Agricultural University antara yang terendah di dunia (sehingga artikel ini ditulis) tetapi memiliki kualiti yang terbaik.

HANYA 30 KEKOSONGAN  SETIAP TAHUN

Kemasukan pelajar Malaysia untuk program Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar @ Doctor of Veterinary Medicine (DVM)  adalah melalui kuota yang telah ditetapkan. Hanya 30 kekosongan sahaja yang diberikan untuk pelajar Malaysia bagi program ini. Siapa cepat dia dapat.

KOS SARA HIDUP YANG RENDAH

Kos sara hidup di Bangladesh Agricultural University hanya RM300-RM500 sebulan termasuk bayaran untuk rumah sewa atau hostel. Nilai kos sara hidup ini adalah berdasarkan temu bual bersama pelajar Malaysia yang mengambil program sains veterinar di sana.

NEGARA ISLAM

Bangladesh merupakan negara Islam, maka memudahkan pelajar yang beragama Islam untuk beribadah dan juga mencari makanan yang halal.

MEDIUM PEMBELAJARAN

Medium pengajaran adalah 70% dalam Bahasa Inggeris dan 30% adalah Bahasa Benggali.

Buku-buku rujukan, nota dan ‘exam’ adalah 100% dalam Bahasa Inggeris.

PROGRAM DIIKTIRAF MQA DAN MVC

Bangladesh Agricultural University diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan juga Malaysian Veterinary Council (MVC). Pengiktirafan MQA dan MVC sangat penting bagi memastikan pelajar perubatan veterinar di Bangladesh tidak mempunyai masalah jika berhajat untuk kerja di Malaysia kelak.

Program Perubatan Veterinar di BAU juga mendapat pengiktirafan daripada World Veterinary Association (WVA) sekaligus membolehkan pelajar untuk bekerja serata dunia.

ANTARA ALUMNI BAU

Sejak Disember 2012, hampir 4,618 graduan dari Fakulti Sains Veterinar BAU. Antaranya 3,102 graduan Ijazah Sarjana Muda Doktor Veterinar, 1,492 graduan Master, 24 graduan Doktor Falsafah.

Antara alumni BAU dari Malaysia adalah Dato’ Abdul Latif Ibrahim (Emeritus Professors UPM), Dato’ Tengku Azmi Tengku Ibrahim dan Dato’ Abdul Rani Bahaman (Research Fellows UPM) serta lain lain lagi.

ANTARA LALUAN KERJAYA GRADUAN PERUBATAN VETERINAR (DOKTOR HAIWAN)

  • Bekerja di Klinik Haiwan
  • Pensyarah (Dengan menyambung pengajian di peringkat Master dan Phd)
  • Bekerja di lading ruminant seperti ladang lembu, kambing dan biri-biri.
  • Bekerja di ladang Poultri/Ayam
  • Bekerja di Zoo (Wildlife)
  • Bekerja dengan kuda di Turf club/ Endurance
  • Bekerja dalam bidang aquaculture
  • Bekerja di syarikat yang menghasilkan vaccine & drug untuk haiwan.
  • Bekerja di makmal penyelidikan untuk research & development.
  • Bekerja di syarikat yang membekalkan makanan haiwan Feedmill company

CARA PERMOHONAN

Pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi Sains / A-Level / Diploma yang berkaitan yang berminat untuk memohon program veterinar atau doktor haiwan (DVM) di Bangladesh boleh mengisi pra pendaftaran online di link ini Daftar Sekarang atau boleh terus hubungi pegawai kami Puan Syuhada di talian 013-3098058 / WhatsApp  atau En. Khairul 013-3561182 / WhatsApp untuk info lanjut.

Tahniah kepada pelajar lepasan matrikulasi dan asasi yang telah mendaftar program veterinar di BAU. Pelajar lepasan diploma dari UPM seperti Diploma Kesihatan Haiwan, Diploma Sains dan Diploma yang berkaitan layak untuk memohon.

Info lanjut       : https://selepasspm.com/veterinar-doktor-haiwan-dvm/

IG                     : https://www.instagram.com/belajarluarnegara_0133098058/

FB                    : http://bit.ly/BelajarLuarNegara