Mansoura University
(IPTA MESIR)
Bachelor of Medicine And Bachelor of Surgery Secara Kerjasama Dengan University of Manchester, United Kingdom (MBBCh)
Mansoura University menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBCh) dengan Kerjasama University of Manchester United Kingdom (Mansoura Manchester Programme For Medical Education) sekaligus program berkenaan menjadi tarikan utama pelajar Malaysia.
Yuran pengajian yang lebih murah berbanding jika belajar perubatan di University of Manchester United Kingdom iaitu yuran pengajian belajar di Mansoura University hanya USD 9,000 bersamaan +-RM 39,600 untuk setiap tahun (bergantung kepada nilai tukaran semasa).
Pendaftaran
Bermula pada bulan Januari sehingga Julai setiap tahun.
Pendaftaran terbuka kepada pelajar lepasan STPM, Matrikulasi/ Asasi, A-Level, Diploma dalam bidang Sains Kesihatan dan setaraf.
Syarat Kelayakan
SPM Aliran Sains – Minima B semua subjek.
Mempunyai sijil STPM, Matrikulasi/ Asasi dan setaraf.
Tempoh Pengajian
5 tahun
Yuran Pengajian Tahunan
USD 5,000 (≅RM 22,000) / semester 1 USD 4,000 (≅RM 17,600) / semester 2
Kos Sara Hidup
Anggaran RM600 – RM 800 sebulan termasuk penginapan.
Bahasa Pengantar
Bahasa Inggeris
Penerbangan Pelajar
Bulan September setiap tahun.
Program Persediaan
Diadakan di Malaysia pada bulan Julai atau Ogos setiap tahun. Fokus program persediaan adalah pelajar akan didedahkan dengan pre medic class dan kelas Bahasa Arab Ammiah (Dialek Mesir) untuk komunikasi dengan masyarakat Arab Mesir
Pengiktirafan
Program diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Medical Council (MMC).










Mymensingh Medical College
(IPTA Bangladesh)
Bachelor of Medicine And Bachelor of Surgery (MBBS)
Mymensingh Medical College menjadi alternatif bagi pelajar yang berminat untuk belajar perubatan (MBBS) di India tetapi inginkan yuran yang lebih murah dan mempunyai kualiti yang sama dengan India.
Pelajar perubatan (MBBS) di Mymensingh Medical College bermula tahun pertama lagi mereka akan dibekalkan dengan 1 Set Tulang Manusia yang sebenar disamping menggunakan mayat yang diawet dalam proses pembelajaran, menjadikan pelajar perubatan di Bangladesh belajar menggunakan the real human body. Pembelajaran yang menggunakan the real human body sedikit sebanyak menambahkan kemahiran sebagai pelajar perubatan sekali gus dapat menyesuaikan diri bila berhadapan dengan pesakit dan keadaan yang sebenar nanti.
Pelajar perubatan (MBBS) tahun 3 di Mymensingh Medical College telah dibenarkan untuk memasuki dewan bedah (Operation Theatre) dan kadang kala mereka menjadi orang yang bertanggungjawab untuk membantu doktor di sana bagi melakukan post-mortem jika berlaku kematian.
Yuran pengajian perubatan (MBBS) hanya USD 5,000 setiap tahun bersamaan ±RM 22,000 sekali gus menjadikan yuran pengajian perubatan dan pergigian antara yang terendah di dunia (sehingga artikel ini ditulis) tetapi memiliki kualiti yang terbaik.
Kemasukan pelajar Malaysia untuk program perubatan (MBBS) di Mymensingh Medical College adalah melalui kuota yang telah ditetapkan. Hanya 20 kekosongan sahaja yang diberikan untuk pelajar Malaysia bagi program perubatan (MBBS).
Pelajar lepasan SPM layak untuk memohon dan wajib mengikuti program persediaan di Malaysia terlebih dahulu bermula bulan April setiap tahun sebelum menyambung program perubatan (MBBS) di Mymensingh Medical College.
Pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi, A-Level dan Diploma dalam bidang Sains Kesihatan juga boleh memohon untuk terus sambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS).
Pemohonan ditutup pada bulan Ogos setiap tahun atau bila kuota penuh. Hanya 20 kekosongan sahaja yang diperuntukan untuk pelajar Malaysia. Jika kuota penuh awal, maka permohonan akan ditutup lebih awal. Siapa cepat dia dapat.
Pendaftaran
Bermula pada bulan Januari sehingga Ogos bagi pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi, A-Level, STPM dan Diploma dalam bidang Sains Kesihatan setiap tahun.
Bagi pelajar lepasan SPM pendaftaran bermula pada bulan Mac selepas keputusan SPM keluar sehingga April sahaja. Program persediaan untuk lepasan SPM bermula pada bulan April/ Mei setiap tahun.
Syarat Kelayakan
Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ A-Level/ Diploma @ setaraf – PNGK 3.0 dan ketas
Tempoh Pengajian
5 tahun
Yuran Pengajian
USD 5,000 (≅RM 22,000) / setahun
Kos Sara Hidup
Anggaran RM500 – RM 800 sebulan termasuk penginapan. (Berdasarkan temubual dengan pelajar senior yang belajar di sana)
Bahasa Pengantar
Bahasa Inggeris dan Bahasa Benggali
Penerbangan Pelajar
Bulan Februari setiap tahun.
Program Persediaan
Diadakan di Malaysia pada bulan November atau Disember setiap tahun. Fokus program persediaan pelajar akan didedahkan dengan pre medic class dan kelas Bahasa Benggali untuk komunikasi dengan masyarakat Bangladesh.
Pengiktirafan
Program diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Medical Council (MMC).
Russian State Medical University (RSMU)
(IPTA RUSIA)
Doctor Of Medicine In General Medicine (MD)
Pirogov Russian National Research Medical University juga dikenali sebagai Russian State Medical Univesity (RSMU) di Rusia bukan sahaja diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Medical Council (MMC) bahkan mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti UNESCO dan WHO serta diiktiraf oleh kebanyakkan universiti di Eropah.
Pirogov Russian National Research Medical University juga antara universiti yang tertua di Rusia bukan sahaja dikenali di Rusia bahkan seluruh dunia. Pada tahun 2016 Pirogov Russian National Research Medical University menyambut ulangtahun yang ke 110 tahun.
Bagi pelajar lepasan SPM/ O-Level yang berminat bidang perubatan (MD) di Rusia, mereka akan masuk ke Program Pra Perubatan (Foundation In Science – Pre Medical) di universiti berkenaan sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Pirogov Russian National Research Medical University.
Pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi/ A-Level dan Diploma dalam bidang Sains Kesihatan boleh terus memohon untuk masuk ke Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Pirogov Russian National Research Medical University.
Pendaftaran
Bermula pada bulan Januari sehingga Julai bagi pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi, A-Level, STPM dan Diploma dalam bidang Sains Kesihatan setiap tahun.
Bagi pelajar lepasan SPM pendaftaran bermula pada bulan Mac selepas keputusan SPM keluar sehingga Julai.
Tempoh Pengajian
6 tahun (Pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi/ A-Level/ STPM/ Diploma dan setaraf
7 tahun termasuk program Pra-Perubatan (Pelajar lepasan SPM)
Yuran Pengajian
USD 4,400 (≅RM 19,360) / semester @ USD 8,000 (≅RM 38,720)
Kos Sara Hidup
RM 1,500 – RM 2,000 sebulan termasuk hostel
Bahasa Pengantar
Bahasa Inggeris
Penerbangan Pelajar
Bulan Oktober setiap tahun.
Program Persediaan
Diadakan di Malaysia pada bulan April atau Mei setiap tahun. Fokus program ini persediaan mental dan fizikal disamping suai kenal pelajar yang akan belajar ke Luar Negara nanti.
Pengiktirafan
Program diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Medical Council (MMC).









Universitas Sumatera Utara, Medan
(IPTA INDONESIA)
Ijazah Kedokteran (M.D)
Universitas Sumatera Utara (USU) Medan menjadi pilihan pelajar Malaysia kerana lokasi yang sangat dekat dengan Malaysia. Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MD) diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Medical Council (MMC).
Pelajar yang berminat untuk menyambung program perubatan (MD) di sini akan mendaftar untuk menduduki ujian kemasukan yang akan diadakan di Malaysia pada bulan Jun atau Julai setiap tahun
Pendaftaran
Pendaftaran untuk memasuki ujian kemasukan bagi pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi, A-Level, STPM dan Diploma dalam bidang Sains Kesihatan adalah bermula pada bulan Januari hingga Mei setiap tahun.
Syarat Kelayakan
Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ A-Level/ Diploma @ setaraf – PNGK 3.0 dan ketas
Ujian Kemasukan
Bulan Jun atau Julai setiap tahun.
Tempoh Pengajian
5 tahun
Yuran Pengajian
IDR 55,000,00 (≅RM 15,730) / semester
Kos Sara Hidup
Anggaran RM500 – RM 800 sebulan termasuk penginapan.
Bahasa Pengantar
Bahasa Inggeris
Penerbangan Pelajar
Penerbangan dan pendaftaran masuk dengan universiti bagi pelajar yang lulus ujian kemasukkan adalah pada bulan Ogos setiap tahun.
Program Persediaan
Diadakan di Malaysia pada bulan April atau Mei setiap tahun. Fokus program ini persediaan mental dan fizikal disamping suai kenal pelajar yang akan belajar ke Luar Negara nanti.
Pengiktirafan
Program diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Medical Council (MMC).
Sebarang Persoalan & Info Terkini Dari Kami
Hubungi Kami
013-3098058
013-3561182
Emel
belajarluarnegara@gmail.com
medicdentistry@gmail.com
Aktiviti Kami