UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SULTAN SYARIF KASIM RIAU (UIN SUSKA)

UIN SUSKA dahulunya dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri (IAIN) juga merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Indonesia. Kemasukan pelajar tempatan iaitu pelajar Indonesia melalui sistem sebagaimana UPU di Malaysia. Hanya pelajar yang terpilih sahaja akan diterima masuk ke UIN SUSKA Riau kerana tempat diperuntukkan adalah terhad. Bagi kemasukkan pelajar Malaysia pula adalah melalui sistem kuota pelajar antarabangsa. Beberapa program Ijazah Sarjana Muda yang menjadi pilihan pelajar Malaysia adalah seperti berikut :-

  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Perbandingan Agama)
  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Ilmu Akidah)
  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Ilmu Al-Quran & Tafsir)
  • Ijazah Sarjana Muda Syariah (Hukum Ekonomi Syariah – Muamalah)
  • Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi Syariah)
  • Ijazah Sarjana Muda Syariah (Hukum Keluarga)
  • Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Ilmu Komunikasi (Pengurusan Dakwah)

 

7 sebab pelajar Malaysia sangat berminat sambung di UIN SUSKA adalah seperti berikut :-

1) DEKAT DENGAN MALAYSIA

UIN SUSKA yang sangat dekat dengan Malaysia, terletak hanya 20 minit dari Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim Pekan Baru Indonesia sekaligus menjadi tarikan pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di sini. Penerbangan dari KLIA 2 hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk sampai ke Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim Pekan Baru.

2) YURAN PENGAJIAN

Anggaran yuran di antara IDR 5.5 juta hingga IDR 6.3 juta setiap semester bersamaan ±RM 1,600 – ± RM 1,800 sekali gus menjadikan yuran program Ijazah Sarjana Muda di UIN SUSKA antara yang terendah. Tempoh pengajian adalah 3 tahun setengah sehingga 4 tahun untuk program Ijazah Sarjana Muda.

3) BUDAYA DAN BAHASA DI RIAU 

Kedudukan Riau yang dekat dengan Malaysia sedikit sebanyak menjadikan Budaya dan Bahasa di Riau hampir sama dengan Malaysia sekaligus memudahkan pelajar Malaysia berkomunikasi dengan masyarakat Riau. Setakat ini bilangan pelajar Malaysia di UIN SUSKA lebih kurang 200 orang yang masih menuntut di sana.

4) MEDIUM BAHASA YANG DIGUNAKAN UNTUK PEMBELAJARAN

Pelajar Malaysia diberi pilihan untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Usuluddin/ Syariah/ Dakwah & Ilmu Komunikasi sama ada menggunakan medium bahasa pembelajaran seperti berikut :

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Indonesia

Namun demikian kebayakkan pelajar Malaysia lebih gemar memilih medium pembelajaran dalam Bahasa Indonesia kerana dialek Bahasa Indonesia di Riau hampir sama dengan Bahasa Melayu di Malaysia. (Boleh rujuk video ucapan Pensyarah UIN SUSKA, Riau di bawah)

5) KOS SARA HIDUP YANG RENDAH

Kos sara hidup di Riau Indonesia dianggarkan sebanyak RM500-RM700 sebulan termasuk bayaran untuk rumah sewa. Nilai kos sara hidup ini adalah berdasarkan temu bual bersama pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di sana.

6) PROGRAM DIIKTIRAF MQA

Program pengajian Ijazah Sarjana Muda Usuluddin/ Syariah/ Dakwah dan Ilmu Komunikasi di UIN SUSKA diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Pengiktirafan MQA sangat penting bagi memastikan graduan Ijazah Sarjana Muda di UIN SUSKA Riau diterima untuk memohon perkhidmatan awam di Malaysia kelak.

7) ADA WAKIL MALAYSIA YANG DILANTIK OLEH UIN SUSKA

Wakil Malaysia yang dilantik oleh UIN SUSKA Riau adalah Zara Zakiah Education (ZZE). ZZE dilantik secara rasmi melalui kerjasama (MoU) oleh UIN SUSKA untuk menguruskan kemasukan dan pendaftaran pelajar Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di UIN SUSKA, Riau Indonesia.

Pelajar yang berminat untuk mendapatkan info pengajian Ijazah Sarjana Muda di UIN SUSKA, Riau, boleh hubungi pegawai kami Puan Syuhada di talian 013-3098058 / WhatsApp  atau En. Khairul 013-3561182 / WhatsApp untuk info lanjut.

CARA PERMOHONAN

Terbuka kepada semua pelajar lepasan STAM, STPM, Matrikulasi/ Asasi Pengajian Islam/ Diploma yang setaraf dan berkaitan yang berminat untuk memohon program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Ijazah Sarjana Syariah, Ijazah Sarjana Muda Dakwah  boleh mengisi pra pendaftaran online di pautan berikut Daftar Sekarang atau boleh terus hubungi pegawai kami Puan Syuhada di talian 013-3098058 / WhatsApp  atau En. Khairul 013-3561182 / WhatsApp untuk info lanjut.  

Antara pelajar yang sedang sambung belajar di UIN SUSKA Riau, mereka adalah terdiri dari alumni Maahad Johor, SMA Lughatul Quran, SMK Bandar Tasek Mutiara, SMK Taman Kosas, SMK Taman Desa Tebrau, SMKA Tun Datu Mustapha, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), SM Tengku Mahmood, SAMT Kuala Kubu Bahru, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), SMK Putrajaya Presint A (A), SM Imtiyaz YT KT, Darul Huffaz, SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi, Maahad Ahmadi Gemencheh, Maahad Amir Indera Petra, MRSM Gemencheh, MRSM Transkrian Pulau Pinang, SABK Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah, SMK Bukit Merchu, SMKA Al Mashoor, SMA Nadhhah Hasanah, SMA Maahad Al Mizan, SMA Nahdhah Hasanah, SMK Tun Hussein Onn, SAM Rawang, SAM Sg. Selisek dan lain-lain lagi. Lihat link di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

 

Info lanjut       : 

https://selepasspm.com/ijazah-sarjana-muda-usuluddin-syariah-dakwah/

IG                     : 

https://www.instagram.com/belajarluarnegara_0133098058/

FB                    : 

http://bit.ly/BelajarLuarNegara